Sekiranya konflik Ukraine dan Rusia berterusan, ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan, perlu mencari jalan penyelesaian dan langkah proaktif untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang konflik akan memberi kesan kepada ekonomi global sekaligus tidak membantu mana-mana negara bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang kekal positif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini