Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan bukan faktor utama perubahan dasar luar negara tersebut di rantau Asia Tenggara.

Kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, dasar luar AS banyak dipengaruhi pentadbiran semasa negaranya, yang ketika ini dipimpin oleh Presiden Joe Biden.  Kerajaan Malaysia percaya, penglibatan lebih aktif AS di Asia Tenggara, bukan hanya penting dari aspek diplomasi, politik dan ekonomi.

Malah, berpotensi membawa cabaran geopolitik.

Untuk itu, pemantauan akan terus dilakukan, ke atas pelaksanaan dasar luar AS dan kesannya kepada rantau ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini