Di Algeria, ratusan penduduk terus mengadakan bantahan di seluruh negara untuk kali ke-16 berturut-turut yang diadakan pada setiap Jumaat. Tanpa menghiraukan kehadiran pasukan keselamatan peserta terus mendesak perubahan sambil menyatakan sudah bosan dengan rejim politik semasa. Bantahan juga diadakan selepas pembatalan pemilihan presiden dan pengunduran presiden Abdelaziz Bouteflika pada April lalu selepas 20 tahun berkuasa. Namun para pimpinan politik itu dikatakan masih berkuasa kecuali Perdana Menteri Ahmed Ouyahia yang sudah berundur. Majlis Perlembagaan mendapati agak mustahil untuk mengadakan pemilihan pada 4 Julai lalu atas masalah kekurangan calon berpotensi. Bantahan mula diadakan pada 22 Februari lalu

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini