Perlis memperuntukkan RM7.16 juta dalam Belanjawan 2022 bagi merencana pembangunan pelancongan negeri di bawah Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Perlis 2021-2030.

Ia sejajar keupayaan sektor pelancongan menjana pendapatan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui produk pelancongan baharu.

Jelas Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, lima kluster pelancongan diberi keutamaan iaitu pelancongan eko, pelancongan agro, pelancongan budaya, sejarah, seni dan warisan, pelancongan membeli belah dan makanan serta jejak pelancongan sukan dan rekreasi.

Daripada peruntukan berkenaan, RM5.9 juta diperuntukkan bagi pembangunan fizikal.

Ia melibatkan pembinaan dan penambahbaikan fasiliti di Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Taman Rekreasi Bukit Jernih dan Arked Niaga Padang Besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini