Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik kenaikan dari RM1.4 bilion kepada RM1.5 bilion peruntukan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam negara dalam Bajet 2022.
 
Menterinya, Idris Ahmad berkata, segala peruntukan akan dimanfaatkan sebaiknya di dalam usaha memulih negara di kala menuju ke fasa endemik.

Dalam hantaran di laman sosial rasminya, beliau mewakili 14 agensi dibawahnya mengambil maklum dan berbesar hati dengan peruntukan yang ditambah dalam belanjawan kali ini yang penting dalam menjamin kesejahteraan ummah.

Bagi inisiatif pendidikan Islam, peruntukan sebanyak RM140 juta diberikan kepada JAKIM bagi menyelenggara sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar.

Selain itu, skop pengajaran Takmir di bawah JAKIM kepada agensi-agensi Kerajaan akan diperluas dengan menambah 1,000 guru takmir serta penyaluran pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 70,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru Takmir dan guru KAFA.

Peruntukan ini meningkat RM40 juta berbanding tahun 2021.

Manakala bagi memperkasakan wakaf, sebanyak RM10 juta diperuntuk bagi memulakan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana.

Ia bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan tani dan pengusaha industri halal serta membantu mereka sekiranya ditimpa bencana. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini