Peruntukan sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi penubuhan Yayasan Tan Sri Ahmad Ibrahim yang menawarkan khidmat guaman kepada Keluarga Malaysia yang tidak berkemampuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata yayasan yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) itu dinamakan bersempena nama tokoh perundangan yang amat disegani selain menghargai jasa dan sumbangan tokoh berkenaan.

Sebanyak RM500,000 diperuntukkan sebagai dana permulaan Tabung Kebajikan Keluarga Malaysia yang akan membantu proses pembelajaran siswazah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) daripada keluarga B40.

Manakala baki dana diperuntukkan bagi merealisasikan hasrat pembangunan semula ‘ASEAN Legal Information Portal’ yang kini dikenali dengan nama baharu ‘ASEAN Law Guide’.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Perayaan Jubli Emas, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Turut hadir, Dekan Fakulti Undang-Undang UM, Dato Profesor Madya Dr Johan Samsudin Sabaruddin, Presiden Alumni Rumpun Fakulti Undang undang UM, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini