RM25 juta diperuntukkan merangkumi pembinaan jalan alternatif dari Lapangan Terbang Lama Kapit ke Kompleks Kerajaan Kapit, serta naik taraf kemudahan hemodialisis di Hospital Kapit.

Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil berat keperluan penduduk di Sarawak dan Sabah untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau yang berucap dalam majlis perasmian Pemimpin Bersama Masyarakat di Kapit juga mendedahkan peruntukan itu bagi mengatasi kesesakan dan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk.

Tambahnya lagi, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan untuk membina Kolej Profesional Mara di Kapit yang bernilai RM90 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Beberapa projek lain yang juga dipertimbang di Kapit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini