Peruntukan RM3 juta diluluskan untuk pembinaan bangunan baharu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pembinaan itu bagi menggantikan bangunan asal PPK yang telah uzur. 

PPK Bukit Awang merupakan pembekal terbesar tanaman cili bagi syarikat Nestle.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Penyerahan MAFI Prihatin anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kelantan di Pasir Puteh.

LPP Kelantan telah menyerahkan bantuan MAFI Prihatin kepada lebih 2,000 ahli di negeri itu dengan nilai keseluruhan RM104,110.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini