Johor menerima peruntukan RM4.6 bilion untuk kegunaan 434 projek pembangunan termasuk 79 projek baharu. Peruntukan itu akan dimasukkan dalam Bajet Johor 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beberapa projek utama berimpak tinggi berupaya memangkin pertumbuhan ekonomi Johor dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
 
Antaranya, Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru, Projek Rapid Transit System Link dan Pembinaan Hospital Pasir Gudang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini