Sejumlah RM500 juta dilaburkan Kumpulan RHB untuk memperkukuh ekosistem perbankan digitalnya di bawah Program Transformasi Digitalnya.

Sejak diperkenal pada 2017, program tersebut berjaya mencatat beberapa keamajuan ketara termasuk pertumbuhan traksaksi digital yang meningkat daripada 64 peratus kepada 93 peratus setakat ini.

Jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli, strategi digital kumpulan bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna dan memudahcara solusi perniagaan. 

Bercakap pada Hari Digital RHB secara maya, jelasnya kumpulan perbankan itu juga menyasarkan 58 peratus sistem digitalnya disokong secara dalaman menjelang 2026.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini