11 lokasi di Lebuhraya Timur-Barat diluluskan untuk penyelenggaraan dengan peruntukan RM10.9 juta. Manakala peruntukan RM8.9 juta bagi penyelenggaraan 13 lokasi lain masih belum diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebelum ini Jabatan Kerja Raya mengenalpasti 24 lokasi Lebuhraya Timur-Barat bagi jajaran Kelantan sepanjang 115 kilometer perlu diselenggara berikutan mengalami kerosakan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, sejumlah RM16.6 juta dibelanjakan pada tahun lepas bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyelanggaraan aset bagi kesemua kementerian dalam penyediaan Bajet 2023 akan datang.

Ia merangkumi penyelanggaraan aset kerajaan termasuk, jalan raya, peralatan dan bangunan. Mengulas lanjut, secara keseluruhan penyelenggaraan di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat telah dilaksanakan secara berperingkat. Namun, peruntukan lebih besar diperlukan terutama bagi jajaran di Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini