Sebanyak RM38 juta peruntukan tambahan disalurkan bagi memperbaiki infrastruktur yang rosak teruk akibat bencana banjir dan fenomena kepala air di Yan dan Merbok, Kedah. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebahagian besar akan digunakan untuk menaik taraf Loji Rawatan Air Tupah.

Turut dilaksanakan, pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin ataupun rumah yang rosak, selain membaik pulih empat TABIKA dan TASKA di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat di Yan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini