Seorang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Terengganu diserang seorang pesakit COVID-19 dengan cangkul di Kampung Serdang, semalam.

Dalam insiden pukul 12 tengahari itu, Inspektor Kesihatan terbabit cedera di kedua pergelangan tangan dan mulut selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.
 
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa dan beberapa kumpulan pegawai kesihatan lain datang ke rumah suspek untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 terhadap suspek.
 
Ketika memujuk suspek bagi menjalani pemeriksaan, suspek enggan beri kerjasama, sebaliknya bertindak mengejar kakitangan kesihatan dengan cangkul.

Superintenden Baharudin memberitahu, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Bukit Besi untuk rawatan.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini