Seorang pesakit mental mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tumpat, atas tuduhan mencederakan dua pegawai dan dua anggota polis, dengan sebilah pisau.
 
Mohamad Azizi Seman, seorang penganggur berusia 42 tahun,  melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tanpa nombor kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lalu.  

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, tertuduh dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.
 
Namun tiada jaminan ditawarkan sementara pihak pendakwaan menunggu laporan psikiatri dari pihak hospital mengenai tahap kesihatan tertuduh.

Mahkamah menetapkan 17 Mac depan untuk sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini