Seorang pesakit obesiti seberat 200 kilogram terpaksa dipindahkan dari Hospital Jitra ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar menggunakan lori. Pesakit lelaki berusia 44 tahun itu dibawa menaiki lori milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut berkaitan penyakit yang dialaminya. Pegawai Operasi APM Kota Setar, Leftenan (Pertahanan Awam) Muhammad Rizal Abdul Razak berkata pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Jitra pada pukul 6.40 petang semalam. Operasi pemindahan dilakukan empat anggota APM Daerah Kota Setar bersama beberapa kakitangan hospital terbabit. Operasi memindahkan pesakit tersebut mengambil masa kira-kira Sejam kerana ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak sebarang kesulitan terutama kepada pesakit terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini