Memanfaatkan bahan terbuang untuk menjana pendapatan. Pesara tentera, Zazali Ibrahim mengitar semula tayar terpakai dan menjadikannya produk kitar semula yang unik dan menarik.

Semuanya bermula ketika negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Zazali, 60 tahun, berasal dari Senawang, Negeri Sembilan, mengisi masa lapang di rumah dengan mengubahsuai tayar terpakai.

Dia memperoleh bahan terbuang itu dari kedai tayar di kawasan perumahannya. Antara produk kitar semula yang dihasilkan menggunakan tayar terpakai ialah hiasan berbentuk haiwan, bekas bunga, tempat duduk santai dan set meja kopi.

Dia turut menerima tempahan hiasan mengikut permintaan pelanggan. Hiasan dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM2,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini