Baik pulih sawah, membeli semula anak benih padi dan membayar upah membajak. Itu antara keperluan yang akan dilakukan golongan pesawah di Yan dan Kuala Muda, Kedah ekoran banjir baru-baru ini. Rata-rata pesawah melahirkan perasaan gembira dan bersyukur atas keprihatinan kerajaan membela nasib mereka. Mereka yang terlibat akan menerima RM1,800 per hektar dengan keluasan maksimum tiga hektar.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukan bantuan tambahan sebanyak RM2.8 juta melalui Tabung Bencana Tanaman Padi. Berdasarkan hasil bancian terdapat 11 pesawah terlibat dalam kejadian itu.               

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini