Pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan bagi latihan dan operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kementerian masih menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan Khas sebelum memutuskan penggantungan operasi pesawat berkenaan.

Jelas beliau, pesawat yang masih berfungsi dengan baik perlu digunakan.

Bagaimanapun, perancangan membeli pesawat baharu tetap diteruskan.

Dalam kejadian pukul 10.07 minit malam semalam, pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika mendarat di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Insiden meragut nyawa seorang juruterbang, Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar mengalami kecederaan.

Mangsa yang terkorban dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Pahang, malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini