Sebuah pesawat persendirian yang membawa 22 penumpang dilaporkan hilang di Nepal.

Pesawat milik Tara Air itu berlepas dari bandar Pokhara.

Pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri,†Fanindra Mani Pokharel memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Terdapat 19 penumpang dan tiga anak kapal di dalam pesawat itu.

Pesawat berkenaan terputus hubungan pagi semalam waktu tempatan sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Akhbar Kathmandu Post melaporkan beberapa rakyat India turut berada di dalam pesawat terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini