Sebuah pesawat pejuang HAWK milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas kira-kira pukul 10.07 minit malam tadi. Insiden tersebut menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian yang melibatkan pesawat Hawk MK108 bersama dua juruterbang itu berlaku ketika sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

Mangsa yang maut adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan jenazahnya diuruskan di hospital Seberang Jaya. Semetara Mejar Mohd Fareez Omar yang dilaporkan mengalami kecederaan diberikan rawatan di hospital sama dan berada dalam keadaan stabil.

Setakat ini, kejadian tersebut masih dalam siasatan dan semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini