Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan untuk membantu 25,000 wanita di seluruh negara, melalui Program Wanita Bangkit@KPWKM sehingga akhir tahun ini.

Menteri, Datuk Seri Rina Mohd Harun memberitahu, sejak dilancarkan tahun lepas, 17,125 usahawan wanita terutama ibu tunggal, suri rumah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjaya menikmati manfaat di bawah program berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kursus bimbingan perniagaan yang dihadiri peserta Program Wanita Bangkit@KPWKM Terengganu di Kuala Terengganu.

Melalui program itu, peserta menerima RM500 untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tanpa perlu membuat bayaran balik dan mereka sentiasa dipantau oleh kementerian bagi memastikan peserta sentiasa fokus dengan hasrat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.

Terdahulu, dalam ucapannya, Datuk Seri Rina berkata usahawan wanita juga boleh memulakan perniagaan dalam bidang e-dagang, serta meneroka pasaran atas talian untuk memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing, kerana potensinya yang lebih besar berbanding perniagaan konvensional.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini