Seramai 10,000 pengunjung bakal memeriahkan Pesta Bola Ngoca 2021 di Kampung Budaya Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, selama dua hari bermula 11 Disember depan. Pesta Bola Ngoca merupakan pertandingan bola sepak yang dimainkan di sawah padi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tapak sawah berkeluasan dua hektar di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah dijadikan sebagai Stadium Bola Ngoca pertama di negara ini.

Pesta bola Ngoca bertujuan mempromosikan sukan tradisional dan aktiviti mengoca yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan, sekali gus sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Datuk Seri Aminuddin ditemui selepas melancarkan Nismilan Showcase 2021 di Nilai pada Ahad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini