Pelbagai program menghiasi Pesta Konvokesyen yang julung kalinya berlangsung Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis bermula hari ini hingga 30 November.

Ini termasuk pertandingan sepak penalti, sukan elektronik, woodball, kayuhan santai dan senamrobik yang disertai hampir 2,000 peserta.

Menurut Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zurihanmi Zakariya, konvokesyen IKBN Kuala Perlis kali ini berbeza, dengan tahun sebelumnya diadakan secara berpusat di Kuala Lumpur.

Kali ini, sambutan  pelbagai pihak melibatkan lebih 24 agensi kerajaan dan swasta.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini