Ke arah menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, MADA mengharapkan kumpulan petani dikawasan berkenaan, dapat memanfaatkan serta memberi perhatian penggunaan teknologi dalam negara. Penggunaan itu, kata Pengerusi Mada, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memandangkan pelbagai inovasi telah diwujudkan pusat kajian, penyelidikan dan pembangunan di negara. Beliau yang juga Menteri Besar Kedah, mengakui dengan kaedah itu, dapat mengatasi masalah bekalan makanan dan kekangan tanah sawah yang semakin mengecil ekoran pembangunan yang sedang dijalankan. Dalam masa sama, menyeru mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung agar terus mempertingkatkan penghasilan padi hingga 10 tan sehektar, semusim. Beliau berucap demikian pada majlis sambutan Aidll Fitri MADA 2019 di Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar Alor Setar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini