Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengikat kerjasama dengan syarikat usaha samanya BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd (BPC).

Ia bagi tujuan mengambil alih loji 113 kilo tan setahun Maleic Anhydride (MAn) terletak di Gebeng, Kuantan.

Dengan pengambilalihan tersebut, PCG akan menggunakan semula loji tersebut yang ditutup sebelum ini, dengan naik taraf bagi menghasilkan MAn berkualiti tinggi bagi kegunaan industri makanan dan farmaseutikal.

Penilaian terperinci sedang dilakukan dan dijangka siap pada suku pertama tahun depan, dengan loji disasarkan siap pada separuh pertama 2025.

Jelas Pengarah Urusan PCG, Mohd Yusri Mohamed Yusof menerusi kenyataan, pengambilalihan itu membolehkan syarikat meluaskan portfolio produk ke dalam derivatif dan bahan kimia yang berbeza.

Kemudahan itu juga memastikan bekalan bahan mentah yang kompetitif dan terjamin ke loji selain menyasarkan pasaran Asia Pasifik dan India.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini