PETRONAS Research Sdn Bhd dan PETRONAS Dagangan Bhd memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Aviation Group (MAG)

Kenyataan PETRONAS menyebut, MoU itu bagi meneroka peluang untuk kelestarian pembangunan, sekali gus penerapan teknologi inovatif yang lebih mesra alam dalam mengurangkan pencemaran karbon penerbangan.

Langkah tersebut bagi mengukuhkan kesedaran dalam kemampanan penerbangan.

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam potensi penerapan robotik, infrastruktur kawalan jauh, pembelajaran mesin, realiti maya dan teknologi mengawal karbon.

Di peringkat global, Bahan Api Penerbangan Mampan diiktiraf sebagai salah satu penyumbang utama ke arah pengurangan karbon dalam industri penerbangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini