Petroliam Nasional Bhd, Petronas memperkenalkan Gentari Sdn Bhd, Gentari bagi mempercepat penggunaan dan pengkomersilan tenaga bersih.

Pengerusinya, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, entiti baharu itu akan menawarkan penyelesaian tenaga lebih bersih bagi memenuhi keperluan tenaga dan aspirasi karbon rendah negara serta pelanggannya di dalam dan luar negara.

Menjelang 2030, Gentari berhasrat membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui antara 30 hingga 40 gigawatt, khususnya melibatkan tenaga solar. Syarikat juga merancang membekalkan hingga 1.2 juta tan metrik hidrogen setahun sejajar sasaran menjadi pengeluar hidrogen rendah karbon.

Aset dan projek tenaga bersih Gentari ketika ini termasuk kapasiti solar di India dan Malaysia serta rangkaian projek hidrogen bersih yang sedang dibangunkan dalam negara dan pasaran utama lain yang dijangka bermula pada 2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini