PETRONAS menyalurkan sumbangan bernilai RM1.1 juta kepada kerajaan negeri Selangor.

Sumbangan tersebut bagi membantu golongan yang terjejas banjir, baru-baru ini.

Melalui kenyataan; PETRONAS menyatakan, seribu unit silinder gas memasak dan barangan keperluan bagi pembersihan banjir diberikan kepada penduduk terjejas.

Sumbangan diserahkan Naib Presiden Pemasaran Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Sharidi, khamis lalu.

Adly Alias optimis kerjasama dengan kerajaan negeri membolehkan pengagihan sumbangan menjadi lebih berkesan kepada isi rumah terjejas.

Tambahnya, sumbangan syarikat gas nasional ini adalah sebahagian daripada ikrar PETRONAS menerusi peruntukan sebanyak RM 25 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara bermula Disember lalu

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini