Lebih 100 petugas barisan hadapan, termasuk sukarelawan MyVac di Pusat Pemberian Vaksin, PPV Mega MidValley Southkey, Johor Bahru, Johor, menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan tarian zapin, sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Semua petugas turut sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Tanggal 31, sebelum memulakan sesi pemberian vaksin.

Menurut Penyelaras PPV Mid Valley Southkey, Haliza Khalid, persembahan itu sebagai penghargaan dan kejutan kepada penerima vaksin sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Ia juga cara petugas barisan hadapan menzahirkan rasa patriotik mereka, walaupun berdepan Covid-19.

Tambahnya, perjuangan petugas di PPV pula adalah untuk memberi vaksin kepada lebih ramai individu supaya sasaran imuniti kelompok dapat dicapai segera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini