Keutamaan diberikan kepada 600,000 petugas barisan hadapan, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit komorbid di Kelantan untuk menerima dos penggalak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Kesihatan negeri, Dr  Izani Hussin, setakat ini seramai 12,000 golongan terbabit telah menerima suntikan itu sejak Oktober lalu.

Katanya, pengambilan suntikan dos penggalak ini bertujuan bagi memperkukuhkan lagi tahap imuniti badan penerima vaksin supaya terlindung daripada jangkitan virus Covid-19.
 

Beliau berkata demikian selepas melawat program suntikan dos penggalak vaksinasi Covid-19 kepada barisan hadapan di Kompleks Kota Darulnaim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini