Demi menghilangkan ketegangan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam kerajaan, petugas sebuah kementerian di Jawa Timur, Indonesia memakai kostum ‘Squid Game’.

Sambil memegang dan mengajukan pistol mainan berlaras panjang, petugas berkenaan turut membantu calon melengkapkan kertas pendaftaran mereka. Peperiksaan itu dikendalikan oleh Kementerian Undang-undang.

Ketua pejabat wilayah Kementerian Undang-Undang Jawa Timur, Kris Mono berharap usaha pihaknya itu dapat menghiburkan para calon peperiksaan. Jelas Mono, calon yang hadir pada 22 Oktober lalu itu merupakan barisan bakal pengawal penjara dan pemeriksa imigresen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini