Beberapa petugas di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang melalui detik mendebarkan apabila salah seorang Pembantu Pengurusan Murid secara tiba-tiba mengadu sakit nak bersalin.

Kisah ini dikongsi oleh guru di sekolah tersebut, Cikgu Norazura Zikir melalui laman Facebooknya.

Menurut perkongsiannya, PPM tersebut secara tiba-tiba memberitahu terasa seperti nak bersalin.

 Namun disebabkan Ambulans lambat tiba, mereka terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan wanita untuk menyambut bayi tersebut.

Tambahnya lagi, mereka sempat memandikan bayi sebelum ambulans dan jururawat tiba.

Bayi perempuan berkenaan sempat di iqamat oleh Ustaz yang juga merupakan guru di sekolah tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini