Pfizer mendakwa ujian klinikal pil pertamanya sangat berkesan untuk merawat COVID-19.
Ubat yang dikenali sebagai Paxlovid itu dikatakan mampu mencapai pengurangan 89 peratus risiko kemasukan ke hospital atau kematian dalam kalangan pesakit dewasa yang berisiko tinggi mengalami penyakit teruk.

Untuk Kebenaran Penggunaan Kecemasan, Pfizer akan menghantar data kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) secepat mungkin. 

Jurucakap Pfizer, Dr. Mikael Dolsten berkata, pil itu jika dilulus atau dibenar oleh pihak berkuasa kawal selia, berpotensi untuk menyelamatkan nyawa pesakit, mengurangkan jangkitan COVID-19, dan mengurangkan sehingga sembilan daripada 10 kemasukan ke hospital. Pfizer mula membangunkan ubat itu pada Mac 2020.

Pegawai kesihatan tertinggi Amerika Syarikat namun terus menekankan kaedah vaksinasi akan kekal cara terbaik untuk melindungi daripada jangkitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini