PFIZER Incorporated mengemukan permohonan kepada pihak berkuasa kawal selia Amerika Syarikat supaya meluluskan penggunaan kecemasan pil antiviral COVID-19 yang dibangunkannya.

Sekiranya diluluskan, ia akan menjadikannya, pil antiviral Covid-19 yang lebih murah khususnya di negara berpendapatan rendah dan miskin. Pfizer mendakwa, kapsul Paxlovid mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan golongan dewasa berisiko kepada 85 peratus.

Permohonan dibuat kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat. Ubat dalam bentuk kapsul itu, jika diluluskan, akan menjadi senjata terbaharu dalam perang memerangi COVID-19.

Ia boleh digunakan dalam rawatan awal di rumah, untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi serius hingga memerlukan rawatan di hospital. Setakat ini, tempoh masa kelulusan oleh USFDA belum diketahui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini