Sejumlah 181,356 batang rokok dipercayai diseludup, dirampas, di sebuah kediaman di Muar, Johor.

Seorang lelaki berusia 57 tahun, turut ditahan.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Enam Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Superintenden Salehin Suleiman memaklumkan, rokok tersebut dijumpai di dalam siling rumah terbabit.
 
Rampasan bernilai RM216,610 berkenaan berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket rokok seludup di sekitar daerah Muar.
 
Suspek direman sehingga 27 Januari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini