Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas 76 karton rokok tidak bercukai, bernilai hampir RM21,000, di Batu Pahat. Lelaki berumur 25 tahun ditahan.

Pegawai Pemerintah Batalion Lima PGA, Superintenden Dimin Awang memaklumkan, suspek ditahan ketika memandu kereta yang membawa rokok seludup terbabit, di Taman Putera Indah. Siasatan mendapati sindiket membekalkan rokok tidak bercukai ke kedai runcit, sekitar daerah tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini