Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor berjaya merampas arak seludup bernilai RM1.2 juta dalam serbuan ke atas tiga premis di daerah Muar semalam.
 
Serbuan dilakukan di Bukit Treh serta dua lagi premis di Parit Kadir Darat Bukit Pasir dan Parit Jamil Parit Jawa, Muar.

Pegawai Pemerintah, Supritendan, Dimin Awang menerusi kenyataan memaklumkan, dua lelaki berumur 29 tahun ditahan dipercayai menjalankan aktiviti penjualan arak seludup sejak tiga tahun lalu.

Kedua-dua suspek juga menjadikan premis terbabit sebagai tempat memproses arak dan menyimpannya di dalam tong berwarna biru dan kotak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 75 Akta Eksais 1976.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini