4,120 karton dipercayai rokok seludup, bernilai RM296,344  dirampas menerusi dua operasi berasingan di Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor, semalam dan kelmarin.

Operasi dijalankan Batalion Lima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam itu turut merampas 15 kotak mercun, bernilai RM12,400 

Pegawai Pemerintah Batalion Lima PGA, Superintenden Dimin Awang memaklumkan, operasi melibatkan penahanan seorang lelaki berusia 39 tahun, di Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru.
 
Pemeriksaan ke atas kereta suspek menjumpai 15 kotak mercun.

Manakala pemeriksaan sebuah kontena di kawasan tersebut menjumpai 2,620 karton dipercayai rokok seludup.
 
Siasatan awal mendapati suspek aktif membekalkan rokok tidak bercukai ke kedai runcit sekitar Johor Bahru.
 
Sementara itu, operasi yang dijalankan kelmarin di Sungai Jambi Laut, Rengit, Batu Pahat, menjumpai beberapa bungkusan hitam di dalam semak bawah pokok, berisi 1,500 karton dipercayai rokok seludup.
 
Anggaran nilai cukai kedua-dua kes, RM634,652
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, selain Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207). 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini