Tempoh konsesi pembekalan ubat dan peralatan perubatan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dilanjutkan 10 tahun lagi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan difailkan kepada Bursa Malaysia bertarikh 11 Januari.

Timbalan Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata, pelanjutan tersebut bukti keyakinan kerajaan terhadap standard perkhidmatan logistik ditawarkan anak syarikatnya.

Menyentuh prospek syarikat untuk tahun ini, beliau menjangkakan prestasi lebih baik didorong lanjutan tempoh konsesi, selain pembukaan semula sektor ekonomi dan permintaan vaksin COVID-19 untuk dos penggalak

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini