Syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad kekal komited membekalkan vaksin Covid 19 Sinovac, dalam memenuhi permintaan semasa, khususnya bagi keperluan dos penggalak.

Timbalan Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman memaklumkan, pihaknya mempunyai bekalan vaksin mencukupi termasuk bagi memenuhi keperluan program vaksinasi kanak-kanak. 

Tahun ini, Pharmaniaga memfokuskan pembekalan vaksin ke negara dengan kadar vaksinasi yang rendah, di rantau Asia Tenggara dan benua Afrika.  

Pharmaniaga telah membekalkan sebanyak 20.4 juta dos kepada kerajaan menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan, selain 2.2 juta dos lagi dibekalkan kepada pihak swasta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini