Pharmaniaga Bhd memperuntukkan RM295 juta untuk perbelanjaan modal kumpulan bagi tahun kewangan 2022, TK 2022.

Ketua Pegawai Kewangannya, Norai’ni Mohamed Ali berkata peruntukan tersebut sebahagian besarnya akan dibelanjakan untuk logistik dan pengedaran.

Sebahagian daripada perbelanjaan modal tersebut akan turut diperuntukkan bagi operasi syarikat di Indonesia.

Ia meliputi automasi dan pendigitalan serta naik taraf peralatan komputer dan makmal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini