Pharmaniaga Berhad merancang memperluaskan pasarannya di peringkat antarabangsa dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, Ini meliputi United Kingdom,Turki serta rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Selain itu, pihaknya juga bercadang untuk membekalkan vaksin COVID-19 kepada benua Afrika.

Ini berikutan penduduknya melebihi 1.3 bilion orang namun kadar pengambilan vaksin masih rendah.

Beliau optimis prestasi kewangan tahun lepas dapat dicapai tahun ini sekiranya perbincangan dengan negara Afrika berjaya untuk pengedaran vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Media Prestasi Kewangan Suku Pertama 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini