Pharmaniaga merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM172 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Ini berbanding RM27.49 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2020.

Melalui satu kenyataan Pharmaniaga memaklumkan, perolehan syarikat juga meningkat 77% kepada RM4.8 bilion.

Jualan vaksin COVID-19 jenis Sinovac kepada Kementerian Kesihatan dan sektor swasta merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan perolehan itu.

Ini menjadikan pertumbuhan lebih kukuh oleh konsesi, bukan konsesi dan perniagaan kumpulan itu di Indonesia.

Syarikat farmaseutikal tersebut akan terus meningkatkan kecekapan operasi sekali gus membina portfolio produknya yang semakin meningkat.

Langkah itu bagi memperluas kedudukannya di peringkat global dan memanfaatkan peningkatan penggunaan kapasiti melalui perniagaan pembuatan kontrak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini