Menjelang aksi pembuka tirai Kumpulan H Piala AFC, esok.

Aksi wakil Malaysia, Kuala Lumpur City – KL City FC menentang kelab dari Indonesia, PSM Makassar akan menjadi tumpuan dalam perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Kuala Lumpur.

Bagi jurulatih KL City FC, Bojan Hodak aksi tersebut akan menjadi peluang terbaik buat pemainnya membuktikan kemampuan masing-masing.

Jelas beliau semua pemain utama The City Boys akan diturunkan malam esok kecuali J. Partiban yang dijangka dapat kembali beraksi menentang Tampines (Tempinis) Rovers pada 30 Jun ini.

Dalam pada itu penyerang KL City FC , Safee Sali menuntut rakan-rakan sepasukan agar menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk melakar kemenangan bagi membuka laluan cerah ke peringkat seterusnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini