Menjelang Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura yang membuka tirai pada 5 Disember.

28 pemain telah disenarai untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 22 November ini.

Daripada jumlah tersebut, 7 muka baharu turut dipanggil dalam pemilihan tersebut.

Ia membabitkan Luqman Hakim, Mohammad Fayadh Zulkifli Amin, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar, Mohamad Faisal Abdul Halim, Quentin Cheng Jiun-Ho, Muhammad Azri Abd Ghani serta Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Jelas Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe, pemain yang berpangkalan di luar negara akan bersama skuad Kebangsaan di Singapura pada 3 Disember ini.

Beliau hanya akan menyenaraikan 24 pemain sahaja untuk skuad akhir ke Piala Suzuki AFF 2020.

Harimau Malaya dijadual menentang Kemboja di Stadium Bishan pada 6 Disember, kemudian menentang Laos pada 9 Disember; sebelum bertemu juara bertahan Vietnam pada 12 Disember; dan terakhir menentang Indonesia pada 19 Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini