“Saya tetap berbangga dengan persembahan para pemain.”

Itu luahan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe susulan kekalahan 0-3 kepada Vietnam pada aksi ketiga kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Bishan malam tadi.

Dua gol skuad Naga Emas hadir pada separuh masa pertama manakala gol ketiga mereka dijaringkan pada hujung permainan.

Dalam masa sama, beliau berharap dua tonggak pertahanan, berharap Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Shahrul Saad yang mengalami kecederaan sempat pulih untuk berdepan Indonesia Ahad depan.

Malaysia perlu menewaskan skuad Garuda pada aksi terakhir kumpulan B untuk mencerahkan kembali peluang mara ke separuh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini