Kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura. Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan bakal membawa masuk seorang lagi penjaga gol bagi menggantikan Khairulazhan Khalid yang tidak dapat bersama pasukan selepas positif Covid-19.

Menurut Cheng Hoe, kebenaran tersebut telah dimaklumkan Persekutuan Bolasepak Asean pada hari ini dan keputusan pemilihan pemain bakal dibuat dalam masa terdekat. Selain Khairulazhan, nasib sama turut dihadapi pemain sayap Faisal Halim, namun Cheng Hoe mengambil pendirian untuk terus mengekalkannya. Ketika ini dua penjaga gol Samuel Somerville dan Azri Ghani dalam radar Cheng Hoe bagi menggantikan Khairulazhan Khalid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini