Skuad Harimau Malaya akan memanfaatkan segala peluang sebaiknya dalam usaha melakar kejutan ke atas juara bertahan, Vietnam dalam aksi Kumpulan B, esok.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akui, anak buahnya mempunyai keupayaan untuk membuahkan hasil positif ketika menentang Vietnam biarpun sedar cabaran sukar menanti pasukan. Seandainya Malaysia meraih kemenangan ke atas Vietnam maka peluang Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingan kalah mati lebih terbuka.

Ketika ini skuad kendalian Cheng Hoe berada di tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata manakala Vietnam di tangga ketiga selepas mengumpul tiga mata ketika menentang Laos pada Isnin lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini