Kemenangan ke atas Kemboja dan Laos dalam dua aksi awal kumpulan B bukan alasan untuk skuad negara berasa selesa.

Menurut pemain pertahanan, Muhammad Syahmi bin Safari, dia dan rakan sepasukan perlu kekal fokus berdepan ujian sebenar selepas ini.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe yang kini menduduki tangga teratas dengan 6 mata akan bertemu Vietnam bagi pertemuan ketiga kumpulan B malam esok di Stadium Bishan.

Manakala pertemuan dengan Indonesia akan berlangsung pada 19 Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini