Pencabar Malaysia, Indonesia memulakan cabaran Piala AFF 2020 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 4-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B malam tadi.

Pemain pertahanan, Rachmat Irianto muncul wira ‘Sang Garuda’ apabila meledak dua gol pada minit keempat dan ke-33 manakala ketua pasukan Evan Dimas dan pemain sayap Ramai Rumakiek turut menemui sentuhan jaringan, masing-masing pada minit ke-17 dan ke-54.

Kemboja yang menampilkan corak permainan pantas memperoleh gol menerusi tandukan pemain pertahanan Yue Safy pada minit ke-37 dan tonggak serangan Prak Mony Udom pada minit ke-60.

Malaysia kini unggul di tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata, diikuti Indonesia yang mengatasi Vietnam menerusi perbezaan jaringan walaupun berkongsi tiga mata, manakala Kemboja dan Laos, masing-masing di tangga keempat dan kelima tanpa sebarang mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini